Pertubuhan Khayr Malaysia mengajak anda untuk turut serta dalam kempen ini dengan menyumbangkan masa, tenaga, atau sumbangan kewangan. Setiap sumbangan anda akan membantu mewujudkan perubahan yang bererti dan memberikan peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang
Komuniti memainkan peranan penting dalam pendidikan. Melalui kempen ini, kami akan bekerjasama dengan ibu bapa, penyokong pendidikan, dan pihak berkepentingan lain untuk memperkukuhkan sokongan komuniti dalam pembangunan sekolah.
Pertubuhan Khayr Malaysia sentiasa menggalakkan penyertaan aktif mereka dan memupuk kesedaran akan kepentingan pendidikan dalam masyarakat.