Pertubuhan Khayr Malaysia ditubuhkan hasil gabungan pengalaman dan pengetahuan penggiat penggiat pemasaran digital yang menguruskan aktiviti dan program pengumpulan dana dan pendanaan awam bagi institusi pendidikan dan institusi berasaskan kebajikan.
Hasil gabungan ini dapat mengumpulkan banyak institusi pendidikan dan kebajikan di bawah satu payung yang sama bagi mencapai visi dan misi yang sama dalam memberikan manfaat kepada masyarakat dalam bidang pendidikan dan kebajikan.
Pertubuhan Khayr Malaysia juga mempunyai 10 tahun pengalaman kerja terkumpul dalam aktiviti kebajikan dan pendidikan yang memberikan impak sosial di dalam Malaysia yang memanfaatkan lebih daripada ratusan institusi pendidikan.
VISI
Menjadi NGO pilihan dunia yang memartabatkan sekolah-sekolah agama menjelang tahun 2030.
MISI
Berkhidmat secara sukarela dalam membangun dan membantu institusi pendidikan agama dari sudut dana dan sokongan tenaga pakar.
Kejayaan Pembinaan Sekolah Hasil Bantuan Pertubuhan Khayr Malaysia
Jangan lepaskan peluang untuk memberi sumbangan dan memberikan impak positif kepada pendidikan.
Bersama-sama, kita dapat mewujudkan perubahan yang besar dan memperkasa generasi akan datang.